Monday, 2 June 2014

MATI


Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia .

Pilihan aku untuk entry kali ini adalah ‘mati’ . InsyaAllah apa yang aku sampaikan ni dapat buka mata dan hati yang mungkin pernah ‘mati’ .

Mati . Korang pernah tengok/saksi/lihat/tonton etc kematian depan mata tak ?
tak kisahlah haiwan ke, orang ke . Asalkan yang bernyawa .
Atau yang pernah mati hidup balik ke .... ? –kalau ada lah
Mati secara direct atau slowly . well asal mati . Pernah ?

Ni aku nak cerita .

Mungkin ramai yang pernah ada pengalaman tu . Masa kecil ke, dah besar ke . ada yang sampai traumatize . atau mungkin ada yang sedih melampau dari dulu sampai sekarang dibawa perasaannya tu .

yup . aku mengaku aku pun pernah hadapinya . satu masa dulu . sebenarnya anak kucing je, hahaha . tapi haiwan pun boleh bagi kesedaran kat aku . cukup bagi aku, kematian seekor anak kucing boleh menakutkan aku .

kejadian tu masa aku kat kampung . aku ternampak ada anak kucing terbaring kat halaman rumah . dan melihat badannya dari jauh, aku dah tahu status kesihatannya masa tu . dia kehausan, lemah, tak bermaya walaupun mahu mulutnya berbunyi . andaian aku, mungkin dia dilanggar sebab ‘ribcage’nya lekuk ke dalam . hati aku serba salah masa tu, sebab aku taktahu apa aku nak buat, disebabkan aku ada banyak kerja untuk buat masa tu – makcik aku minta tolong betulkan plug kat rumahnya . first action aku, alihkan body kucing tu ke tepi sikit, supaya orang tak langkah badan dia atau mahupun digigit binatang asing . but then, aku taktahu kenapa aku boleh tinggalkan dia macam tu je .

and then about two hours later baru aku perasan yang aku tinggalkan dia sekor-sekor .
dengan badan penuh dengan semut .

YA ! nak cakap aku kejam, takberhatiperut, cakap lah . hakikatnya, aku langsung takde niat nak buat macam tu .

dalam pukul 6.30ptg, baru aku betul-betul fokus kat kucing tu , as i had finishing my all works . masa tu keadaan kucing memang dah 2x lebih lemah dari yang first time aku jumpa dia . aku punya nak tebus kesalahan aku, duduk menatap badan lemah dia sampai malam – ada juga berhenti nak solat maghrib dan isyak . without blinking my eyes, i kept myself beside her , with no ate . bukan setakat nak tebus kesalahan aku dijadikan sebagai alasan kenapa aku khusyuk sangat jaga dia . tapi sebab aku ada instict . instinct yang badan dia dah dikerumuni lalat yang kemungkinan besar dah ditelurkan segerombolan ‘pemangsa’ tersebut . walaupun sekali pandang nampak macam takde sebutir pun, tapi aku tekun mencari . And as i said, BINGO . memang ada, dan ianya berfokus di bahagian muka .

Imagin aku banyak menggambarkan bagaimana kiranya dia hidup sampai esok, dengan keadaan muka berlarva-lalat yang akan menjadi ulat . hm . muka berulat . ulat yang akan memamah daging si kecil yang kehausan, lemah, tak bermaya walaupun mahu mulutnya berbunyi . ya, memang boleh berbunyi, tapi berbunyi untuk nyatakan yang dia sedang kesakitan . itupun sekali merengek, lepas tu diam . merengek lagi, berselang setiap lebih kurang 15 minit . part yang aku paling tersentuh, bila aku pegang badan dia, sejuk . kaku . tengok badan dia , tak beralun mengalirkan nafas pun . tapi hakikatnya, dia masih bernyawa . bila aku alihkan badan dia sikit, dia terus meracau, ingat yang alihkan dia tu ibunya . ya, dia kehausan susu ibu, dan kasih sayang ibu . aku cuba usap mulutnya, berikan dia air untuk hilangkan keperitan di tekaknya – memandangkan  suaranya hilang .

walaupun aku tahu hidup dia mungkin dah tak lama, aku masih tekun , istiqamah buat benda yang sama .

but finally, her time has come . menarik semua penyeksaan dunia yang dia hadapi . untuk selamanya dia diberi rehat atas kesabarannya menanggung kesakitan . aku yang menyaksikan semuanya , tanpa melihat makhluk Allah bernama Izrail datang menjemputnya . tapi, aku tahu Izrail ada di situ . my instict made it .

tepat pukul 9.15 . aku hadapi saat-saat kesakitannya yang perit . perit , tapi akan hilang . sekelip mata je perkara tu berlaku . mula dari kaki, bergetar . dan nampak macam kejang – atau gaya kaki mengeliat, atau ditarik . dan kaku . tapi kemudian tangannya pula bertindak sedemikian . seolah-olah berlari baton, bermula dari kaki kemudian ‘pass’ ke tangan . dan kini giliran si kepala . memang mulutnya mahu berbunyi, tapi tak kesampaian . dan DEMI ALLAH, aku nampak lidahnya bergulung beberapa kali . bergulung ke atas . matanya, hm . memang sentiasa tertutup . sekelip mata . aku cuba minta dia beri tindakbalas . but well, kalau masa hidup pun nafasnya tak dizahirkan, apatah lagi selepas kejadian tu .

aku masih cuba, bisik di telinganya, berlakon seolah aku ibunya . tak berbalas apa . alihkan badannya . tak berbalas apa . sentuh anggotanya yang luka akibat kepuasan segerombolan semut menggigit tubuhnya . tak berbalas apa . badannya, lebih kaku dan sejuk . okay last part, dan mungkin itu mendatangkan keyakinan tentang penarikan nyawanya – bahagian mulutnya . Pucat . Done . My work is done .

secara jujurnya, masa tu aku felt nothing . nothing, feelingless . ain’t cry, ain’t sad . mungkin masih shocked . sampaikan beberapa minit kemudian aku masih mengharap yang dia betul-betul mati, supaya kematian tu bukan hanya andaian aku . melihat keadaannya semasa hidup dan mati, lagaknya tiada beza . Masya Allah , perit sangat ujian yang dihadapinya .

right that time, aku terfikir . macam mana agaknya perasaan Ibu semasa menyaksikan Izrail menjemput nyawa Abah . bagaimanakah keadaannya semasa tu ? adakah nasibnya serupa dengan apa yang si kecil ni hadapi ?

then i thought . apa yang aku hadapi ini adalah seekor haiwan, yang tiada akal . yang hanya beberapa jam aku bersamanya, tapi aku tidak dapat lupakan saat kematiannya . What if, i am the one who watched my dad’s death ? am i have the same feeling ? or worst ?

kematian itu pasti . Semua makhluk Allah sudah tercatat masa depannya di Luh Mahfuzh . Kita sebagai hambaNya, takkan pernah tahu apa yang Dia rancang . yang kita tahu, apa yang Dia rancangkan itu adalah yang terbaik untuk kita .

Aku pernah tulis entri yang berbunyi :

            Pernah tengok macam mana semut hidup tak ?
                Tengah sibuk punggah makanan
                Tiba-tiba kita pijak, lemaskan dia . tanpa perasaan apa pun .
                Semut-semut yang baru hidup beberapa saat tadi, mati macam tu je .
                Dan, pernah terfikir tak
                Suatu hari nanti kita akan jadi macam tu juga .
                Semut-semut tadi, Allah jadikan mereka tiada akal.
                Kita pula, Allah kurniakan akal .
                Kalau tiba-tiba kita MATI macam tu je
                Sempat ke kita berubah, bertaubat .
                Dengan pegangan kita yang tak berapa kukuh ni
                Layakkah kita dibela nanti ?

And its came back to me .

Apa yang aku nak cakap . Aku nak taubat .



#kata-kata aku sempat bisikkan ke telinga si kecil itu beberapa saat sebelum nyawanya dipulangkan :
“sesungguhnya kau hamba Allah yang paling bertuah . kerana kau akan jumpa syurga dan bahagia di sana . walaupun kau derita sekarang, jangan risau . InsyaAllah, syurga itu tempatmu .”


-          N O K T A H           -

Saturday, 26 April 2014

MUZIK

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera, Salam Perpaduan, Salam 1 Malaysia.

( Kalau dalam Kem PLKN aku dulu kena sambut – MALAYSIA BOLEH ! )
yup, penerapan nasionalisme yang sangat tinggi . sebab tu aku suka PLKN :D

Entry kali ni aku nak berbicara tentang muzik .



Siapa je dalam dunia ni yang tak minat muzik ? Tak kisah lah apa pun genre – nasyid, instrumental, ataupun hardcore . Muzik tetap digemari majoriti manusia seluruh dunia, malah ada yang menganggap mendengarnya menjadi satu perkara ‘wajib’ dalam kerja-kerja harian . Its also upon of us to choose or listen whatever genres or melodies, not even based of our personalities . Like me, the major music genre yang aku suka is local indie . Sebut je la band apa yang ada kat Malaysia, banyak yang aku tahu (tapi sejak XFM dah tak keluar kat radio, aku kurang follow lagu-lagu indie baru . Macam lagu-lagu dari band Statik, Bittersweet, Hujan, They Will Kill Us All, itu memang dah dikira ‘makanan’ aku lah, haha . Besides, sometimes aku suka layan alternative atau rocks macam Linkin Park, Bunkface, Greenday, kalau sampai tahap gila aku kadang-kadang aku dengar lagu-lagu ganas macam Apology (Alesana), Don’t Go (Bring Me The Horizon), Someone Somewhere (Asking Alexandria), The Kill (30 Second To Mars), macam-macam lagi lah . Tapi siapa sangka, orang macam aku ni pun suka dengar instrumental, nasyid dan sebagainya .

Melalui kajian yang aku sendiri buat, antara elemen penting untuk aku minat sesebuah lagu ialah melodi atau rentak, dan lirik .

1 . Melodi atau rentak
Elemen ni sebenarnya mendahului vokal sesebuah lagu . Kalau diperhatikan betul-betul, kebanyakan lagu-lagu (tak kisahlah genre apa pun) dimainkan, rentak dulu yang ‘jalan’ baru disambut dengan lirik – tapi tak semua lagu macam tu kan . Elemen ini bukan sahaja untuk muzik genre yang diklasifikasikan sebagai instrumental, malah juga sama definisinya dengan muzik genre elektro . But FYI, kalaupun aku diberi muzik instrumental sahaja pun, aku tetap minat . Bagi aku, itu cara mereka untuk sampaikan sesuatu – kalau aku cakap mesej nanti ada yang pelik ,”mesej apanya ?” walaupun itu hakikatnya . Berdasarkan sepotong lirik , “biar jiwa bersuara – Fynn Jamal” , mungkin itu yang boleh aku terangkan untuk lagu yang hanya melodi dan rentak sahaja didengari dalam sesebuah lagu . Dengan melodi dan rentak sahaja pun, kita boleh mendapat ilham untuk menghasilkan lirik lagu, macam ada satu penyanyi ni – tak boleh bagitahu siapa, nanti jadi kontroversi – dia dapat ilham hasilkan lirik lagu bila dia main gitar . Just picking, then he got an idea to compose the lyrics, and now lagu dia dah popular pun . Elemen ini juga sebenarnya pencetus imaginasi seseorang tentang sesuatu keadaan atau situasi . Contohnya peminat muzik okestra macam Beethoven dan sebagainya, mereka berkemungkinan berimaginasi dalam situasi mereka berada di dalam sebuah dewan besar – seperti teater – yang menempatkan segerombolan manusia bersama instrumen bernada simfoni . Tapi, siapa cakap elemen ni HANYA untuk orang-orang yang layan balada sahaja ? Kalau korang cari lagu Vessels hasil band Memphis May Fire, ianya cukup melayan jiwa . Dan kemudian anda bandingkannya dengan lagunya yang lain seperti The Sinner , dan korang akan berkonklusi sendiri .  

2 . Lirik
Siapa cakap elemen ni tak penting ? Lirik ni merupakan suatu konfessi tentang sesuatu perkara . Kalau kita nak luahkan perasaan cinta kepada seseorang, setakat bagi dia bunyi gitar atau piano, harmoni macam mana sekali pun bunyinya tetap tak ‘tangkap jiwang’ kalau tiada lirik – kalau orang-orang yang dah biasa tu tahu lah, haha . Ada yang sampai bermadah, nak-nak lagi macam lagu zaman 90-an contohnya Exist, Spring, Scorpion, macam-macam lagi lah . Elemen ni jugaklah yang menyumbangkan aku untuk meminati lagu-lagu hardcore . Info : kebanyakan  lagu hardcore sebenarnya berlirik syahdu . Bagi aku, diorang pun ada hak untuk bekonfes, cuma disampaikan dengan cara diorang lah . Tak percaya ? Cuba dengar lagu Apology hasil band Alesana – kalau yang tak tahan dengan muzik hardcore, sila perlahankan volume audio anda . Mungkin ada kalangan pembaca yang mengutuk : “WTH they’re say, man ?” , so meh sini aku translate liriknya :

Sweat drips in my eyes
Screams of lust we cry
Tonight, you are everything (you’re everything)
You’re everything to me
No more as I wake
From this perfect dream
I cannot stay down
Live this lie for I
Now must think only of myself
And to think that you will not be
Scared or surprised I severed
All these ties
This is the end

So, ada yang masih tak jelas ? Cuba dengar lagu lain pulak - ambil contoh dari teks awal .

Sebenarnya, tak salah kalau minat muzik , Islam tak larang pun kita berhibur . cuma jangan terlalu OBSES .
“Hidup gua kosong bro kalau tak dengar lagu”

Haa itu dah salah tu .
Lagi satu , korang semua kena tahu 5 faktor  muzik jadi H A R A M .

“WHAT ? tadi kata boleh? ni haram pulak . pening aa !”

Nak tahu apa faktornya ?

 1 . Genre Muzik
Perkara utama aku nak sentuh adalah, muzik HARDCORE dan TECHNO . Bukan nak cakap muzik lain tak termasuk dalam kategori haram, tapi sebab kedua-dua genre ini paling ‘obvious’ keharamannya . Kenapa ? sebab ianya sangat tidak melambangkan Islam .

Islam dipandang sebagai agama yang tinggi nilai pekertinya . Adakah masyarakat terima, jika lirik-lirik lagu nasyid seperti Menanti Di Barzakh, Pergi Tak Kembali dan sebagainya dinyanyikan dengan rentak hardcore ? atau diremixkan kepada music techno ? Adakah ia boleh diterima pakai sebagai satu lagu dakwah ? Fikir sendiri .

 2 . Lirik
Bohonglah kalau tiada yang tak pernah hafal lirik lagu . Bosan-bosan je, mesti menyanyi kan ? Tak kisah lah tengah buat apa pun, keinginan tu mesti ada . Tapi pernah tak korang take time untuk hayati lagu-lagu yang korang minat ? Kalau lagu Barat atau luar negara tu mungkin ye lah, sebab mereka kebanyakkannya bukan Islam, cuma ditekankan sekarang ialah negara kita . Actually, most of Malaysian mainstream songs, liriknya dah terpesong dengan hukum Islam . Tak percaya ?

Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You’re my heart baby
My life is incomplete without you

Boleh teka sendiri lah lagu apa .

The highlight words, cuba amati betul-betul lirik tu . Adakah ini diajar dalam Islam ? Takpayah kot aku nak terangkan berpegangan tangan dengan bukan mahram sama hukumnya dengan pegang apa – dah besar kan . Tak cukup ke dengan ibubapa, adik-beradik, kawan, AGAMA, hidup masih tak lengkap ? its okaylah kalau dedicate to future husband , tapi kalau putus ? dah tak lengkap lagi kah hidupnya ? Mungkin tiada yang menegur , sebab itu lah lagu ini mengaburkan mata peminat muzik sekarang . Mungkin pencipta lirik ini hanya menggambarkannya dalam lirik sahaja, tetapi fahamilah bahawa ia boleh menyebabkan peminat lagu ini buat seperti yang dinyanyikan . Itu namanya maksiat .

3 . Pembaziran
Well, as I said , masing-masing dah besar kan - tahu kan membazir tu amalan siapa . Aku tahu korang minat muzik, tapi jangan sampai obses sangat sampai beribu-ribu habis buat beli merchandise band atau group . Fikirlah, benda tu korang beli masa usia muda ni, pakai duit siapa ? Memang, memang rata-ratanya pakai duit sendiri, hasil titik peluh, keringat korang sendiri . Semata-mata untuk itu ? Untuk dengar, pakai, then tayang ? Manfaat lain ada tak ? Semua tu dunia, akhirat punya ada tak ? Ada juga yang berebut-rebut nak pergi konsert artis luar negara, siap beli tiket VIP lagi sebab tiket lain dah takde . Tak membazir ke tu ?
Tapi tu lah, kebanyakan antara kita dah pun buat – takpe, masih ada masa untuk ubah .

4 . Akhlak Buruk
Masing-masing dah faham kan, kalau orang yang minat muzik genre hardcore macam mana .  Kadang-kadang sampai out of control diorang bermoshing . Bertambah pula dengan screamo band . Kalau bukan Islam takpe, ini Islam sejak lahir . Masya Allah, cuba kalau masyarakat bukan Islam pandang , apa agaknya yang mereka fikirkan tentang islam ?

“Oh, dalam Islam boleh ea buat macam ni ?”

Sebab tu lah kita diharamkan supaya obses tentang sesuatu . Dikhuatiri kita yang menjadi punca Islam dipandang rendah oleh masyarakat bukan Islam.

5 . Percampuran Lelaki dan Perempuan
Ya, aku tahu ramai yang fikir benda pertama adalah : Konsert dan Gig . Itu memang sudah terang lagi bersuluh lah percampurannya . Tempat macam tu kan, macam-macam boleh jadi - dating, moshing, headbanging, itu belum campur lagi dengan najis-najis yang dianggap perangsang . Itu yang secara terangnya haram, tapi ada yang tak perasan, kalau ambil gambar dengan artis pujaan –bukan mahram pun dah salah .


Aku tahu, mungkin ada antara pembaca ni tak puas hati dengan aku .

“habis tu kau layan lagu-lagu macam tu boleh pulak ..”

Well, aku lupa nak cakap . Itu aku yang dulu . Aku taknak berubah sorang-sorang . Apa salahnya kita berubah sama-sama, ye dak ?

Hakikatnya, apa yang aku terangkan ni semuanya dah pun berlaku . Masya Allah . Sampaikan aku tak percaya, ajaran yang Nabi Muhammad perjuangkan kini seteruk ini . Pernah fikir tak, jika sampai waktu kita dibangkitkan, Nabi Muhammad tahu kita tidak pertahankan agama yang disebarkannya, betapa hampanya hati Baginda . –tak kisahlah kalau termasuk entri sebelum ni punya.

Sebelum munculnya noktah terakhir entry untuk kali ini, aku ulang sekali lagi . Tak salah berhibur, tapi berpada-padalah .
Aku seru kepada korang dan diri aku juga, jagalah reputasi Islam .

#Info : Salah satu ciri-ciri duniawi ialah melekakan .

“Zuhudlah kamu dengan dunia . Ambil semua kenikmatan dunia, tapi hanya simpan dalam tangan bukan dalam hati”




-          N O K T A H -

Friday, 28 March 2014

FIKIR DUNIA DAN AKHIRAT

Fikirkanlah .
Suatu hari nanti bila kita semua dibangkitkan .
Semua perbuatan kita akan dihitung .
Ditayangkan kepada khalayak ramai .
Waktu itu nak malu pun tiada guna .
Tiada tempat untuk menyorok, tiada siapa nak dengar penjelasan "si mulut"
Malah mungkin ada yang membetah, bukan seperti si mulut katakan .
Mungkin ada dalam kalangan kita, tidak percaya dengan '6th sense'
'Boleh mendengar kata hati'
Tapi nanti, tiada yang mustahil .
SEMUA makhluk boleh mendengar hati kita bersuara .

Fikirkanlah .
Apa yang dikatakan "malam masih muda"
Apa yang dikatakan "live short . so enjoy puas-puas"
Apa yang dikatakan "hanya aku cinta kau seorang"
Apa yang dikatakan "duit adalah segalanya"
Apa yang dikatakan semua itu
Adakah ianya BETUL-BETUL BERMAKNA ?

Fikirkanlah .
Setiap perbuatan kita di dunia .
Menganiaya, membunuh, menyeksa haiwan .
Sama ada sengaja bunuh nyamuk, TERpijak semut sekalipun
Mengumpat, mengutuk, memaki orang yang mungkin tiada kena mengena dengan kita .
Dalam tv, di tepi jalan . Dalam negara atau luar negara .
Merungut setiap kali kerja diarahkan kepada kita .
Tak pernah ikhlas bila bekerja .
Meminta balas setiap kali melakukan sesuatu .
Minta gaji dinaikkan, atas alasan, "kerja lebih, gaji lebih"
Atau mungkin, kongsi atau muat turun sebarang apa, demi mengharap "likers", "followers" akan bertambah
Hasad dengki, iri hati dengan percintaan orang lain .
Orang lain dating, pegang-pegang tangan, ayat-ayat cinta .
Kita pun nak juga, kalau boleh nak lawan . "Couple aku lagi best"
Bergaya walau tak berkemampuan
"Papa asal bergaya" . Reef, Quiksilver, Gucci, HTC .
Semata-mata untuk beritahu dunia, "Aku ada . Kau ada ?"
Itu SEMUA manusia lakukan . Manusia yang hidup di bumi .
Semua di atas, adakah itu
Bekalan untuk setiap persoalan di akhirat nanti ?

Fikirkanlah .
Kononnya manusia dijadikan sebagai khalifah .
Tapi , adakah semua perbuatan kita di dunia ini
Melambangkan kita seorang khalifah ?
Ditegur sikit je, tentang AURAT, SOLAT, CINTA .
"Dah kahwin nanti aku taubatlah .."
"Kau siapa nak tegur aku ?"
"Kubur masing-masing lah !"
Pernah tengok macam mana semut hidup tak ?
Tengah sibuk punggah makanan
Tiba-tiba kita pijak, lemas kan dia . Tanpa perasaan apa pun
Semut-semut yang baru hidup beberapa saat tadi, mati macam tu je .
Dan, pernah terfikir tak
Suatu hari nanti, kita akan jadi macam tu jugak .
Semut-semut tadi, Allah jadikan mereka tiada akal
Kita pula, Allah kurniakan akal .
Kalau tiba-tiba kita MATI macam tu je
Sempat ke kita berubah, bertaubat
Dengan pegangan kita yang tak berapa kukuh ni ?
Layak kah kita dibela nanti ?

Fikirkanlah .
Semua perkara ada hikmahnya, ada balasnya .
Hukum karma sekalipun, itu atas ketentuan Yang Maha Kuasa
Kalau hamba Allah kembali menghadap-Nya pun kita meratap, meraung
Mana kepercayaan kita dengan rukun iman keenam ?
Yang dari darjah satu kita diminta untuk hafal semua rukun itu .
Jika hanya di mulut, bukan di hati
Redha kah Allah dengan setiap perbuatan kita ?

Fikirkanlah
Kita manusia, takkan terlepas melakukan kesilapan .
Tersasul, tersadung .
Malah pencipta teks ini pun manusia juga
Kita bukan sesempurna Sang Pencipta
Rendahkanlah diri kita
Amalan SUNNAH SAHAJA , tak cukup
Kalau tiang agama tak pernah ingat nak buat
Niat pun cukuplah . Tapi sampai bila ?

Fikirkanlah .
Manusia semua sama
Yang membezakan kita, akal .
Bagaimana kita gunakan, apa tindakan kita
B E R F I K I R
Mungkin itulah cara untuk kita menjadi manusia lebih baik .


- N O K T A H -

Sunday, 13 January 2013

budak baru di sini !

Assalamualaikum ..

macam yang semua tahu, ni lah first post aku . maaf, aku tak pandai nak jadi blogger terhandal :D tapi aku harap boleh mahir pasal blog ni .

intro ? taknak bole ? haha . *oke, aku tahu aku sombong*
bukan sombong, tapi segan >.< tujuan aku buat blog ni pun saje-2 jea . saje nak promote kan ape yang aku lalui sepanjang hidup aku  *macam batak hot pulak aku kan* .

macam yang aku dah cakap kan, aku baru lagi kat sini . so, aku takde idea nak tulis ape, haha . mungkin lain masa untuk aku tulis kisah-kisah hidup aku . sebelum munculnya noktah terakhir untuk post ni, aku harap pembaca-pembaca sekalian sokong aku untuk terus post kisah-kisah aku sama ada cerita lama atau yang baru, untuk nampak macam blog ni tak berhabuk . tak pasti bila nak post lagi, tapi InsyaAllah akan ada . thanks for read it ! PEACE .

-N O K T A H -