Monday, 2 June 2014

MATI


Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia .

Pilihan aku untuk entry kali ini adalah ‘mati’ . InsyaAllah apa yang aku sampaikan ni dapat buka mata dan hati yang mungkin pernah ‘mati’ .

Mati . Korang pernah tengok/saksi/lihat/tonton etc kematian depan mata tak ?
tak kisahlah haiwan ke, orang ke . Asalkan yang bernyawa .
Atau yang pernah mati hidup balik ke .... ? –kalau ada lah
Mati secara direct atau slowly . well asal mati . Pernah ?

Ni aku nak cerita .

Mungkin ramai yang pernah ada pengalaman tu . Masa kecil ke, dah besar ke . ada yang sampai traumatize . atau mungkin ada yang sedih melampau dari dulu sampai sekarang dibawa perasaannya tu .

yup . aku mengaku aku pun pernah hadapinya . satu masa dulu . sebenarnya anak kucing je, hahaha . tapi haiwan pun boleh bagi kesedaran kat aku . cukup bagi aku, kematian seekor anak kucing boleh menakutkan aku .

kejadian tu masa aku kat kampung . aku ternampak ada anak kucing terbaring kat halaman rumah . dan melihat badannya dari jauh, aku dah tahu status kesihatannya masa tu . dia kehausan, lemah, tak bermaya walaupun mahu mulutnya berbunyi . andaian aku, mungkin dia dilanggar sebab ‘ribcage’nya lekuk ke dalam . hati aku serba salah masa tu, sebab aku taktahu apa aku nak buat, disebabkan aku ada banyak kerja untuk buat masa tu – makcik aku minta tolong betulkan plug kat rumahnya . first action aku, alihkan body kucing tu ke tepi sikit, supaya orang tak langkah badan dia atau mahupun digigit binatang asing . but then, aku taktahu kenapa aku boleh tinggalkan dia macam tu je .

and then about two hours later baru aku perasan yang aku tinggalkan dia sekor-sekor .
dengan badan penuh dengan semut .

YA ! nak cakap aku kejam, takberhatiperut, cakap lah . hakikatnya, aku langsung takde niat nak buat macam tu .

dalam pukul 6.30ptg, baru aku betul-betul fokus kat kucing tu , as i had finishing my all works . masa tu keadaan kucing memang dah 2x lebih lemah dari yang first time aku jumpa dia . aku punya nak tebus kesalahan aku, duduk menatap badan lemah dia sampai malam – ada juga berhenti nak solat maghrib dan isyak . without blinking my eyes, i kept myself beside her , with no ate . bukan setakat nak tebus kesalahan aku dijadikan sebagai alasan kenapa aku khusyuk sangat jaga dia . tapi sebab aku ada instict . instinct yang badan dia dah dikerumuni lalat yang kemungkinan besar dah ditelurkan segerombolan ‘pemangsa’ tersebut . walaupun sekali pandang nampak macam takde sebutir pun, tapi aku tekun mencari . And as i said, BINGO . memang ada, dan ianya berfokus di bahagian muka .

Imagin aku banyak menggambarkan bagaimana kiranya dia hidup sampai esok, dengan keadaan muka berlarva-lalat yang akan menjadi ulat . hm . muka berulat . ulat yang akan memamah daging si kecil yang kehausan, lemah, tak bermaya walaupun mahu mulutnya berbunyi . ya, memang boleh berbunyi, tapi berbunyi untuk nyatakan yang dia sedang kesakitan . itupun sekali merengek, lepas tu diam . merengek lagi, berselang setiap lebih kurang 15 minit . part yang aku paling tersentuh, bila aku pegang badan dia, sejuk . kaku . tengok badan dia , tak beralun mengalirkan nafas pun . tapi hakikatnya, dia masih bernyawa . bila aku alihkan badan dia sikit, dia terus meracau, ingat yang alihkan dia tu ibunya . ya, dia kehausan susu ibu, dan kasih sayang ibu . aku cuba usap mulutnya, berikan dia air untuk hilangkan keperitan di tekaknya – memandangkan  suaranya hilang .

walaupun aku tahu hidup dia mungkin dah tak lama, aku masih tekun , istiqamah buat benda yang sama .

but finally, her time has come . menarik semua penyeksaan dunia yang dia hadapi . untuk selamanya dia diberi rehat atas kesabarannya menanggung kesakitan . aku yang menyaksikan semuanya , tanpa melihat makhluk Allah bernama Izrail datang menjemputnya . tapi, aku tahu Izrail ada di situ . my instict made it .

tepat pukul 9.15 . aku hadapi saat-saat kesakitannya yang perit . perit , tapi akan hilang . sekelip mata je perkara tu berlaku . mula dari kaki, bergetar . dan nampak macam kejang – atau gaya kaki mengeliat, atau ditarik . dan kaku . tapi kemudian tangannya pula bertindak sedemikian . seolah-olah berlari baton, bermula dari kaki kemudian ‘pass’ ke tangan . dan kini giliran si kepala . memang mulutnya mahu berbunyi, tapi tak kesampaian . dan DEMI ALLAH, aku nampak lidahnya bergulung beberapa kali . bergulung ke atas . matanya, hm . memang sentiasa tertutup . sekelip mata . aku cuba minta dia beri tindakbalas . but well, kalau masa hidup pun nafasnya tak dizahirkan, apatah lagi selepas kejadian tu .

aku masih cuba, bisik di telinganya, berlakon seolah aku ibunya . tak berbalas apa . alihkan badannya . tak berbalas apa . sentuh anggotanya yang luka akibat kepuasan segerombolan semut menggigit tubuhnya . tak berbalas apa . badannya, lebih kaku dan sejuk . okay last part, dan mungkin itu mendatangkan keyakinan tentang penarikan nyawanya – bahagian mulutnya . Pucat . Done . My work is done .

secara jujurnya, masa tu aku felt nothing . nothing, feelingless . ain’t cry, ain’t sad . mungkin masih shocked . sampaikan beberapa minit kemudian aku masih mengharap yang dia betul-betul mati, supaya kematian tu bukan hanya andaian aku . melihat keadaannya semasa hidup dan mati, lagaknya tiada beza . Masya Allah , perit sangat ujian yang dihadapinya .

right that time, aku terfikir . macam mana agaknya perasaan Ibu semasa menyaksikan Izrail menjemput nyawa Abah . bagaimanakah keadaannya semasa tu ? adakah nasibnya serupa dengan apa yang si kecil ni hadapi ?

then i thought . apa yang aku hadapi ini adalah seekor haiwan, yang tiada akal . yang hanya beberapa jam aku bersamanya, tapi aku tidak dapat lupakan saat kematiannya . What if, i am the one who watched my dad’s death ? am i have the same feeling ? or worst ?

kematian itu pasti . Semua makhluk Allah sudah tercatat masa depannya di Luh Mahfuzh . Kita sebagai hambaNya, takkan pernah tahu apa yang Dia rancang . yang kita tahu, apa yang Dia rancangkan itu adalah yang terbaik untuk kita .

Aku pernah tulis entri yang berbunyi :

            Pernah tengok macam mana semut hidup tak ?
                Tengah sibuk punggah makanan
                Tiba-tiba kita pijak, lemaskan dia . tanpa perasaan apa pun .
                Semut-semut yang baru hidup beberapa saat tadi, mati macam tu je .
                Dan, pernah terfikir tak
                Suatu hari nanti kita akan jadi macam tu juga .
                Semut-semut tadi, Allah jadikan mereka tiada akal.
                Kita pula, Allah kurniakan akal .
                Kalau tiba-tiba kita MATI macam tu je
                Sempat ke kita berubah, bertaubat .
                Dengan pegangan kita yang tak berapa kukuh ni
                Layakkah kita dibela nanti ?

And its came back to me .

Apa yang aku nak cakap . Aku nak taubat .



#kata-kata aku sempat bisikkan ke telinga si kecil itu beberapa saat sebelum nyawanya dipulangkan :
“sesungguhnya kau hamba Allah yang paling bertuah . kerana kau akan jumpa syurga dan bahagia di sana . walaupun kau derita sekarang, jangan risau . InsyaAllah, syurga itu tempatmu .”


-          N O K T A H           -