Friday, 28 March 2014

FIKIR DUNIA DAN AKHIRAT

Fikirkanlah .
Suatu hari nanti bila kita semua dibangkitkan .
Semua perbuatan kita akan dihitung .
Ditayangkan kepada khalayak ramai .
Waktu itu nak malu pun tiada guna .
Tiada tempat untuk menyorok, tiada siapa nak dengar penjelasan "si mulut"
Malah mungkin ada yang membetah, bukan seperti si mulut katakan .
Mungkin ada dalam kalangan kita, tidak percaya dengan '6th sense'
'Boleh mendengar kata hati'
Tapi nanti, tiada yang mustahil .
SEMUA makhluk boleh mendengar hati kita bersuara .

Fikirkanlah .
Apa yang dikatakan "malam masih muda"
Apa yang dikatakan "live short . so enjoy puas-puas"
Apa yang dikatakan "hanya aku cinta kau seorang"
Apa yang dikatakan "duit adalah segalanya"
Apa yang dikatakan semua itu
Adakah ianya BETUL-BETUL BERMAKNA ?

Fikirkanlah .
Setiap perbuatan kita di dunia .
Menganiaya, membunuh, menyeksa haiwan .
Sama ada sengaja bunuh nyamuk, TERpijak semut sekalipun
Mengumpat, mengutuk, memaki orang yang mungkin tiada kena mengena dengan kita .
Dalam tv, di tepi jalan . Dalam negara atau luar negara .
Merungut setiap kali kerja diarahkan kepada kita .
Tak pernah ikhlas bila bekerja .
Meminta balas setiap kali melakukan sesuatu .
Minta gaji dinaikkan, atas alasan, "kerja lebih, gaji lebih"
Atau mungkin, kongsi atau muat turun sebarang apa, demi mengharap "likers", "followers" akan bertambah
Hasad dengki, iri hati dengan percintaan orang lain .
Orang lain dating, pegang-pegang tangan, ayat-ayat cinta .
Kita pun nak juga, kalau boleh nak lawan . "Couple aku lagi best"
Bergaya walau tak berkemampuan
"Papa asal bergaya" . Reef, Quiksilver, Gucci, HTC .
Semata-mata untuk beritahu dunia, "Aku ada . Kau ada ?"
Itu SEMUA manusia lakukan . Manusia yang hidup di bumi .
Semua di atas, adakah itu
Bekalan untuk setiap persoalan di akhirat nanti ?

Fikirkanlah .
Kononnya manusia dijadikan sebagai khalifah .
Tapi , adakah semua perbuatan kita di dunia ini
Melambangkan kita seorang khalifah ?
Ditegur sikit je, tentang AURAT, SOLAT, CINTA .
"Dah kahwin nanti aku taubatlah .."
"Kau siapa nak tegur aku ?"
"Kubur masing-masing lah !"
Pernah tengok macam mana semut hidup tak ?
Tengah sibuk punggah makanan
Tiba-tiba kita pijak, lemas kan dia . Tanpa perasaan apa pun
Semut-semut yang baru hidup beberapa saat tadi, mati macam tu je .
Dan, pernah terfikir tak
Suatu hari nanti, kita akan jadi macam tu jugak .
Semut-semut tadi, Allah jadikan mereka tiada akal
Kita pula, Allah kurniakan akal .
Kalau tiba-tiba kita MATI macam tu je
Sempat ke kita berubah, bertaubat
Dengan pegangan kita yang tak berapa kukuh ni ?
Layak kah kita dibela nanti ?

Fikirkanlah .
Semua perkara ada hikmahnya, ada balasnya .
Hukum karma sekalipun, itu atas ketentuan Yang Maha Kuasa
Kalau hamba Allah kembali menghadap-Nya pun kita meratap, meraung
Mana kepercayaan kita dengan rukun iman keenam ?
Yang dari darjah satu kita diminta untuk hafal semua rukun itu .
Jika hanya di mulut, bukan di hati
Redha kah Allah dengan setiap perbuatan kita ?

Fikirkanlah
Kita manusia, takkan terlepas melakukan kesilapan .
Tersasul, tersadung .
Malah pencipta teks ini pun manusia juga
Kita bukan sesempurna Sang Pencipta
Rendahkanlah diri kita
Amalan SUNNAH SAHAJA , tak cukup
Kalau tiang agama tak pernah ingat nak buat
Niat pun cukuplah . Tapi sampai bila ?

Fikirkanlah .
Manusia semua sama
Yang membezakan kita, akal .
Bagaimana kita gunakan, apa tindakan kita
B E R F I K I R
Mungkin itulah cara untuk kita menjadi manusia lebih baik .


- N O K T A H -